SEAGAMES2017 BANNER BIG

Sukan Massa

 > Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Salinan Kalender Sukan Untuk Semua Tahun 2016

Berkonsepkan membentuk “Gaya Hidup Sihat dan Aktif ke Arah Komuniti Berharmoni”, Kerajaan Negeri di bawah MMK Belia dan Sukan bersama dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan Persatuan-Persatuan Sukan Negeri telah melaksanakan pelbagai program-program sukan berbentuk komuniti untuk penyertaan masyarakat di negeri Pulau Pinang.

Bermula pada tahun 2008, MMK Belia dan Sukan telah memperkenalkan Kalender "Penang Participative Sports - Calender of Events" yang merangkumi pelbagai acara sukan jenis larian, berbasikal, sukan bermotor, sukan air, aktiviti mendaki bukit yang terbuka kepada penyertaan semua lapisan masyarakat termasuk penyertaan peserta dari luar negara.

Pengenalan kepada kalender ini juga telah berjaya mendapat liputan meluas di kalangan anggota-anggota "Tourism Promotion Organization For Asia Pacific" di mana kalender yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri ini telah berjaya memenangi Anugerah “Award of Best Print Advertisement” untuk Penang Calender of Events 2010 & Penang Calender of Events 2011 sebanyak dua tahun berturut-turut semasa Forum Tourism Promotion Organization For Asia Pacific Cities di Kota Kinabalu Sabah pada tahun 2009 dan juga di Vladivostok, Russia pada tahun 2010.

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri dibawah Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan telah berjaya menganjurkan lebih daripada 100 program berbentuk penyertaan komuniti.:-

TAHUN

BILANGAN PROGRAM PENYERTAAN KOMUNITI

2008

11

2009

23

2010

37

2011

30

2012

20

2013

24

2014

22

2015


19

JUMLAH

186

Pelbagai aktiviti di bawah program sukan massa terus dilaksanakan melalui kerjasama diantara MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pejabat Daerah dan Tanah dan Persatuan Sukan Negeri serta lain-lain pertubuhan bukan kerajaan yang aktif dalam bidang sukan berkomuniti.

Penekanan serta halatuju program sukan berbentuk komuniti pada tahun 2016 adalah seperti berikut:-

  • Memberi penekanan terhadap peningkatan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan riadah dan rekreasi sihat.

  • Mewujudkan platform yang sesuai bagi memperbanyakkan penganjuran sukan-sukan berkomuniti riadah serta rekreasi di negeri Pulau Pinang.

  • Menerapkan konsep sukan berkebajikan ("Sports For Charity") dalam meningkatkan kesejahteraan golongan komuniti kelainan upaya.

  • Melahirkan masyarakat AKTIF PENANG diperingkat Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.

Intipati usaha serta sasaran pelaksanaan program sukan pada tahun ini didokong dengan harapan untuk menjadikan program-program sukan komuniti negeri Pulau Pinang ini lebih mesra dan lebih bermakna untuk membantu badan-badan berkebajikan khususnya yang melibatkan kesihatan mental dan minda.

Sepanjang tahun 2016, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melalui kerjasama MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan program-program sukan berkomuniti seperti berikut:-

BIL

PROGRAM / AKTIVITI

TARIKH

1

Gelugor Power Run 2016

31 Januari 2016

2

Cross Channel Swim 2016

19 Mac 2016

3

MWE Commercial Cup Basketball Championship

15 – 17 April 2016

4

Walk for Tech Dome 2016

30 April 2016

5

World Hoops FIBA 3x3 World Your Qualifier Penang 2016

7 Mei 2016

6

Malaysia ECO-Run 2016

12 – 15 Mei 2016

7

Pertandingan Senamrobik Massa 2 Jam 2016

15 Mei 2016

8

Family Campaign “Ride for Mom & Dad 2016”

29 Mei 2016

9

U12 Butterworth Hockey Cup

29 Mei 2016

10

Klinik Bolasepak Dr. Norlela Ariffin

29 Mei 2016

11

Lions Climb for Green 2016

5 Jun 2016

12

Komtar Tower Run 2016

5 Jun 2016

13

The 1st Malaysia Open Memory Championship 2016

11 & 12 Jun 2016

14

Soccer 7th Tournament 2016

21 Jun 2016

15

Butterworth Run 2016

10 Julai 2016

16

BM Run 2016

30 Julai 2016

17

Larian Amal SCI Peace Run 2016

31 Julai 2016

18

Round the House Relay 2016

14 Ogos 2016

19

Penang Hill Heritage Forest Challenge 2016

21 Ogos 2016

20

KWYP City Run 2016

21 Ogos 2016

21

FMM OCBC Walk & Cycle 2016

28 Ogos 2016

22

Delta Eco Night Run 2016

30 Ogos 2016

23

Youngsters 3x3 Streeball Challenge 2016

30 Ogos 2016

24

Sukan Komuniti SPT 2016

10 September 2016

25

Skimboarding Peringkat Antarabangsa ke-10 Pulau Pinang

16 September 2016

26

Program Berbasikal PCC Interstate Road Ride

18 September 2016

27

Colourful Run

25 September 2016

28

Virtual Run – Aktif Penang

8 Oktober 2016

29

Charity Walk 2016

15 Oktober 2016

30

Sukan Komuniti DTL 2016

29 Oktober 2016

31

Fitness & Wellness Carnival 2016

5 & 6 November 2016

32

Kayuhan Amal Bukit Mertajam 2.0

13 November 2016

Berkonsepkan matlamat untuk mewujudkan platform kepada masyarakat Pulau Pinang selain mengilhamkan penjenamaan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah bandar sukan yang unggul di Malaysia dan juga di peta dunia secara amnya dilaksanakan secara berterusan, negeri Pulau Pinang telah terpilih untuk menjadi hos penganjur kepada beberapa program bertaraf antarabangsa seperti berikut:-

BIL

NAMA PERTANDINGAN

TARIKH / TEMPAT

1

Malaysia Masters Badminton Championship 2016 - Grand Prix Gold

19 - 24 Januari 2016,
SPICE ARENA,

2

Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa
IWF Youth World Championships & Zhen-Ao Commonwealth Senior – Junior – Youth Championships

19 – 29 Oktober 2016,
SPICE ARENA

3

International Weightlifting Federation (IWF) World World Championship 2017

-

4

Penang Asia Pacific Master Games 2018

-