Pulau Pinang Juara Hoki Wanita Bawah Umur 14 Tahun Kebangsaan

 

Tahniah dan syabas kepada pasukan Hoki Wanita Pulau Pinang yang telah memenangi Kejohanan TNB-1Mas Hoki Wanita Bawah Umur 14 tahun Kebangsaan selepas menewaskan Kuala Lumpur 1-0 hasil jaringan Siti Nur Atika Shaikh Maznan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-42.

Berikut merupakan senarai penerima anugerah :

Juara : Pulau Pinang
Naib juara : Kuala Lumpur
Ketiga : Melaka
Fairplay : Negeri Sembilan
Pemain terbaik perlawanan akhir : Kirandeep Kaur Gudip Singh (Kuala Lumpur)
Penjaga gol terbaik : Nur Anis Erysha Zamri (Pulau Pinang)
Penjaring gol terbanyak : Thibatharshini James (Pahang) – 11 Gol
Pemain terbaik kejohanan : Allisya Yushira Badri (Pulau Pinang)