Dato' Nicol David Rangkul Kejuaraan Antarabangsa Pertama Selepas 15 bulan

Selepas mengharungi 15 bulan tanpa sebarang kejuaraan, Datuk Nicol David akhirnya menamatkan penantian paling panjang dalam kariernya dengan merangkul gelaran Ciudad de Floridablanca di Colombia, hari ini.

Nicol, 33, yang kali terakhir menjulang trofi dalam Jelajah Dunia PSA (Persatuan Skuasy Profesional) pada Terbuka Hong Kong, Disember 2015 menumpaskan pemain No. 27 dunia dari Amerika Syarikat (AS), Olivia Blatchford 11-3, 11-4, 11-8 dalam tempoh 30 minit.

Ini adalah kemenangan ke-81 dalam karier antarabangsa Nicol, yang kini menduduki ranking ketujuh dunia.

Sumber Artikel: https://www.utusan.com.my/sukan/nicol-tamatkan-penantian-1.455982
S
umber Gambar : http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2017/03/nicole.jpg