Chong Wei, Pandelela, Jun Hoong terima Anugerah Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM)-Coca Cola 2016

Ketika ditanya mengapa Chong Wei dipilih menerima anugerah itu meskipun pasangan beregu lelaki negara memberi lebih impak pada temasya sukan berkenaan, Tunku Imran berkata tidak semua atlet mampu mencapai kejayaan seperti diraih pemain perseorangan utama negara itu pada usianya yang kini mencecah 34 tahun.

"Kenapa Chong Wei? Ini kerana, beliau berjaya meraih pingat pada tiga temasya Olimpik berturut-turut dan pada usianya kini, dia masih mampu menyumbangkan pingat perak kepada negara.

"Tambahan pula, dia berjaya menewaskan juara dunia, Lin Dan pada separuh akhir (di Rio), dan saya boleh katakan dia adalah 'Usain Bolt Malaysia'," kata Tunku Imran.

Bagaimanapun, tarikh majlis penganugerahan tersebut masih belum ditetapkan.
"Kami berharap majlis ini akan diadakan tidak lama lagi kerana kami masih menunggu tarikh daripada Yang di-Pertuan Agong untuk berkenan berangkat ke Anugerah Olimpian MOM-Coca Cola 2016 itu," katanya.

Chong Wei dan Pandelela/Jun Heong (10m platform seirama wanita), masing-masing akan menerima wang tunai RM10,000. -BERNAMA

SUMBER dari : http://www.bharian.com.my/node/211164