Goh Jin Wei muncul Juara Kejohanan Antarabangsa Orleans

Jin Wei yang menduduki ranking ke-88 dunia, bangkit dengan corak permainan lebih kemas pada set kedua dan penentuan sekali gus menyukarkan lawannya bertindak baik.

Jurulatih negara Wong Tat Meng berkata, corak permainan yang berbeza di set kedua dan ketiga menjadi kunci kepada kejayaan Jin Wei.

“Pada set pertama, corak permainan Jin Wei tidak berubah. Jadi, lawannya sudah dapat membaca rentak permainannya.

“Tapi, pada set kedua dan ketiga dia mempamer aksi berbeza yang menyebabkan kali ini Fitriani tidak dapat mengatasinya,” katanya.

Jin Wei sebelum ini turut mempamer aksi cemerlang di pentas antarabangsa apabila muncul juara Cabaran Antarabangsa Belgium, Cabaran Antarabangsa Vietnam serta juara remaja dunia di Peru tahun lalu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/127708

 

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.