Pulau Pinang Muncul Juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2016

 Takraw2016

Tahniah dan syabas kepada pasukan Sepak Takraw Regu Pulau Pinang yang telah berjaya muncul sebagai Juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2016 dengan menewaskan Selangor dengan keputusan straight set 21-19 dan 23-21. Kejayaan ini telah menamatkan penantian selama 54 tahun pasukan negeri Pulau Pinang setelah kali terakhir menjuarai kejohanan ini pada tahun 1962 dalam kejohanan sulung yang telah diadakan.