Dua Atlet OKU Pulau Pinang Terima Insentif

YB Chong Eng berkata, pencapaian cemerlang kedua-dua atlet itu cukup bermakna dan mengharumkan nama atlet paralimpik Pulau Pinang yang bernaung di bawah Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri (PESRON).

“Kejayaan ini bukan saja mengharumkan nama Pulau Pinang, malah membantu negara apabila meraih tiga emas, 10 perak dan tiga gangsa pada temasya itu, sekali gus mengumpul 52 pingat emas, 58 perak dan 37 gangsa.

“Walaupun anugerah SKIMAS dikhaskan hanya kepada pemenang pingat emas di bawah Skim Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara, ia dapat mempertingkatkan prestasi cemerlang atlet Pulau Pinang dan jelas, mereka bukan calang-calang orang kerana kejayaan itu membuktikan atlet OKU juga mampu berjaya dengan cemerlang,” katanya.

Chung Wei yang mengalami kecacatan autisme sejak kecil berjaya memecahkan rekod 200 meter rampaian individu lelaki ASEAN dengan catatan dua minit 41.7 saat.

Sejak berkecimpung dalam sukan renang pada usia 10 tahun, pelbagai kejayaan cemerlang dicapai dan kini persiapan difokuskan untuk Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur tahun depan.

Manakala Muhamad Hairul yang cacat penglihatan mula berjinak dalam sukan bowling sejak 2010 dan berjaya mencatat keputusan cemerlang pada Sukan Asia 2010 di China, Kejohanan Paralimpik Dunia 2011, Kejohanan Paralimpik Asia 2013 dan Sukan Asia 2014.

“Saya kini menumpukan perhatian pada Kejohanan Paralimpik Dunia 2017 di Poland dan Kejohanan Paralimpik Asia 2016 di Vietnam tidak lama lagi.

“Harapan saya tahun ini akan dapat mengulangi pencapaian cemerlang dan terus mengharumkan nama negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Januari 2016 @ 7:10 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108649#sthash.ULqbgYmh.dpuf

 

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.