Risiko Cuaca Panas

 

Menurut laporan laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa bandar utama seperti Chuping, Perlis mencatatkan suhu agak tinggi hari ini dengan suhu maksimum 35.9 darjah Celcius; Alor Setar, Kedah dengan 34.9 darjah Celcius dan Petaling Jaya, Selangor dengan 34.1 darjah Celcius.

Laman web tersebut turut menunjukkan ramalan cuaca minggu depan bagi beberapa bandar yang dijangka mengalami cuaca kering dan suhu tinggi.

Secara amnya kebanyakan bandar utama diramal mencatat suhu purata 34 darjah Celcius pada sebelah tengah hari.

Berbanding bacaan pada Disember tahun lalu yang hanya mencatat suhu 25 hingga 32 darjah Celcius.

Menurut statistik Jabatan Meteorologi, hari paling panas di Malaysia dicatat pada 18 Mei tahun lalu iaitu di Chuping, Perlis dengan suhu mencecah 38.9 darjah Celcius manakala beberapa tempat di Melaka turut mencatat tahap kepanasan 38 darjah Celcius.

Sumber : www.utusan.com.my

FACEBOOK MSNPP

Feed not found.