Sukan Orang Kurang Upaya di Pulau Pinang

PERSATUAN SUKAN DAN REKREASI ORANG KURANG UPAYA NEGERI PULAU PINANG (PESRON)

Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Pulau Pinang (PESRON) merupakan sebuah badan pengawalan sukan OKU peringkat    negeri (NGO) yang didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan untuk memberi peluang dan keselesaan kepada OKU bersukan di peringkat negeri.

Penubuhan persatuan PESRON bertujuan untuk memastikan bahawa pembangunan sukan yang melibatkan golongan OKU itu dapat diperluas dan diperkukuhkan di peringkat negeri.

Antara sukan yang diceburi oleh atlet-atlet OKU Pesron meliputi sukan-sukan berikut:-

  • Kejohanan Sukan Paralimpik Peringkat Kebangsaan
  • Kejohanan Sukan Para ASEAN
  • Sukan Paralimpik

Untuk maklumat lanjut berkenaan program-program pembangunan sukan orang kurang upaya di Pulau Pinang, sila hubungi :


Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Pulau Pinang

d/a Jabatan Belia Dan Sukan 
Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban,
Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Batu Uban,
Pulau Pinang.
No. Tel : 017-4507519 (Pn. Rashidah)

atau untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan sukan OKU boleh menghubungi talian 04-6554444 atau merujuk kepada Facebook Rasmi PESRON di https://www.facebook.com/pesronpulaupinang 


PERSATUAN SUKAN ORANG PEKAK PULAU PINANG (PSDEAF)


Persatuan Sukan Orang Pekak Pulau Pinang atau Penang Deaf Sports Association (PSDeaf) merupakan sebuah badan sukan warga Pekak tunggal yang ditubuhkan pada bulan Mac 2011 dan bernaung secara sah dibawah Pesuruhjaya Sukan (PJS), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

PSDeaf mempunyai 2 peranan utama iaitu dalam pembangunan dan penggalakkan sukan pekak di negeri Pulau Pinang. Antara peranan-peranan penting dalam komuniti ini merupakan komitmen terhadap sukan pekak dalam negara dan komitmen terhadap sukan pekak kebangsaan dan antarabangsa.

Antara kejohanan-kejohanan sukan yang diceburi oleh atlet-atlet pekak Malaysia dan Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:-

  • Sukan Deaflympics
  • Dunia Pekak
  • Kejohanan Pekak Dunia
  • Sukan Pekak Asia Pasifik
  • Asia Pasifik Pekak
  • Kejohanan Pekak Asia Pasifik
  • Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA)
  • Malaysia Pekak
  • Kejohanan Pekak Malaysia

Untuk maklumat lanjut berkenaan program-program pembangunan sukan orang pekak di Pulau Pinang, sila hubungi :-

PERSATUAN SUKAN ORANG PEKAK PULAU PINANG
d/a C0-17-GF Kompleks Masyarakat Penyayang,
Jalan Utama, 10450 Pulau Pinang.
No.Tel/Faks: 04-2260160
Email : psdeaf@gmail.com

atau untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan sukan Orang Pekak di Pulau Pinang boleh menghubungi secara WHATSAPP/SMS kepada Puan Artika Suraya Ayub di talian 018-464 4313.