FAQ

1. Adakah kemudahan dan peralatan sukan dibawah seliaan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang terbuka kepada kegunaan orang ramai?

Kebanyakan pusat latihan dan peralatan sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang adalah untuk kegunaan atlet-atlet elit dan pelapis negeri yang menjalani latihan setiap hari. Atlet perlu memohon untuk menjadi seorang atlet negeri melalui Persatuan Sukan Negeri untuk sukan-sukan yang terbabit.

Kemudahan sukan yang boleh disewa oleh orang ramai hanyalah Stadium Negeri Batu Kawan, Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah, Kompleks Sukan Titi Mukim dan Pusat Bina Diri Pantai Robina.

 

2. Senaraikan kemudahan-kemudahan sukan yang berada di bawah pengurusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

  • Kompleks Sukan Titi Mukim, Kepala Batas.
    (Badminton, Petanque, Futsal, Tinju)
  • Pusat Bina Diri Pantai Robina, Teluk Air Tawar.
  • Wisma Angkat Berat, Bukit Mertajam.
  • Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bunga.
  • Pusat Latihan Ping Pong, Permatang Manggis, Kepala Batas.
  • Pusat Latihan Ping Pong, Gat Lebuh Macallum.
  • Pusat Latihan Gimnastik MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Gimrama MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Gimnasium MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Silat MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Tinju MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Wushu MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Angkat Berat MSNPP, Batu Uban.
  • Pusat Latihan Angkat Berat SMK Seri Balik Pulau, Balik Pulau.
  • Pusat Latihan Menembak, Kelab Menembak Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga.
  • Pusat Latihan Bola Tampar Kampung Buah Pala, Glugur.

 

3.  Senarai kemudahan-kemudahan sukan yang disewa untuk program pembangunan Sukan Negeri Pulau Pinang.

  • Pusat Latihan Judo, Jalan Barnett.
  • Lapangan Memanah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban.
  • Dojo Karate, Jalan Agryll, Pulau Pinang.
  • Pusat Latihan Bowling : Megalanes Perai, Sunshine Square Bowling, Penang Bowl.