LATEST NEWS

Selamat Menyambut Tahun Baru 2024

Dengan penuh semangat kesukanan, Selamat Menyambut Tahun Baru 2024 dengan harapan yang tinggi bagi seluruh komuniti sukan di negeri Pulau Pinang.

Semoga atlet-atlet berbakat dari negeri ini terus bersinar dalam pelbagai bidang sukan yang diceburi, membawa pulang kejayaan dan kebanggaan untuk sukan negeri kita.

Keazaman dan semangat juang kita diharapkan akan terus menjadi inspirasi bagi generasi muda, mencorak masa depan sukan Pulau Pinang dengan kecemerlangan.

#untuksukankita
#poweruppenang
#MineTheGold
#kitabolehpenangboleh
#sukmasarawak2023

 

Penang Sports Excellence Symposium 2023

Penang Sports Excellence Symposium 2023 yang telah berjaya dilangsungkan dari 25 dan 26 November di Bayview Hotel, Georgetown.
 
Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
Yb. Daniel Gooi Zi Sen (Exco Belia,Sukan dan Kesihatan) dalam menyempurnakan perasmian pembukaan majlis ini.
 
 
Pihak kami turut merakam jutaan terima kasih kepada pihak penceramah dan peserta yang dibawa
dari dalam dan luar negara dalam menjayakan program tahun ini.
 
 
Turut menjayakan program kali ini dengan kerjasama dan sokongan pihak penganjur dari Aspen Nutrition Malaysia,
Vitahealth Malaysia, Sanctband Active, Neobun, KT Tape, Sport Nutrition Academy, Solemas Sdn Bhd, dan Royal Navy Malaysia.