LATEST NEWS

PERMOHONAN BANTUAN IPT MSNPP PACE TAHUN 2021 - Terkini pada 16 November 2021

Tarikh Kemaskini : 16 November 2021

Dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Tabung PACE telah memutuskan bahawa Permohonan Insentif Pendidikan IPT terbuka kepada atlet-atlet yang menyertai SUKMA Perak 2018 dan kemasukan ke IPT pada tahun 2020 adalah layak untuk memohon bantuan tersebut SEHINGGA 31 Disember 2021.

Untuk makluman tuan/puan, mulai 1 Januari 2022 permohonan bagi tahun 2022 dan ke atas, Bantuan Insentif Pendidikan IPT akan dipertimbangkan pada tahun kemasukan ke IPT (tahun semasa) sahaja.

Permohonan Biasiswa Sukan MSNPP akan terbuka kepada atlet-atlet yang pernah menyertai SUKMA / Kebangsaan sahaja. Bagi atlet yang tidak berkesempatan menyertai Sukma 2020(dibatalkan), mereka juga layak memohon bantuan biasiswa ini berdasarkan kejohanan sukan setaraf dengan SUKMA / Kebangsaan dan permohonan ini hanya dibuka SEHINGGA 31 Disember 2021 SAHAJA.

Sekiranya mana-mana atlet/pihak persatuan/jurulatih memerlukan keterangan lanjut boleh memohon kepada SDO sukan masing-masing untuk mendapatkan perkhidmatan Unit PACE bagi menerangkan kepada atlet-atlet tuan/puan secara bersemuka.

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi Unit PACE MSNPP di talian 04-6593714 / 5 / 6.

Segala kerjasama tuan/puan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan & Biasiswa Sukan PACE pada 8 November 2021

 

Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan & Biasiswa Sukan dibawah program PACE untuk fasa kedua tahun 2021 telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 8 November 2021 bertempat di Auditorium A, KOMTAR.

Seramai 62 orang atlet negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada sukan Floorball, Hoki, Olahraga, Petanque, Kriket, Angkat Berat, Lawn Bowls, Gimnastik, Badminton, Sepak Takraw, Memanah, Tenpin Bowling, Bola Jaring, Judo dan Pencak Silat telah menerima bantuan insentif pada kali ini dengan jumlah sebanyak RM101,450 secara keseluruhannya.

Program PACE merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melihat pembangunan serta kebajikan atlet negeri terus terbela.

Terima kasih kepada rakan-rakan korporat yang terus menyokong program PACE dan tahniah diucapkan kepada para atlet negeri yang juga telah meraih keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.

Sama-sama kita mengorak langkah kejayaan yang lebih gemilang untuk negeri Pulau Pinang.