LATEST NEWS

Faiz Subri pemain terbaik Februari PFAM


Pemain sensasi Harimau Kumbang, Faiz Subri yang menjaringkan 'gol ajaib' sehingga mendapat perhatian di seluruh dunia baru-baru ini, dianugerahkan pemain terbaik Februari oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - Asiana.my.

Pencapaian cemerlang yang membanggakan itu membolehkan Faiz membawa pulang wang tunai RM1,500 tajaan MVP Sports Agency, sebuah trofi dan gambar beserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.

Ketua Eksekutif PFAM - Asiana.my Izham Ismail berkata anugerah itu diberi untuk mengangkat martabat dan menghargai usaha pemain bola sepak profesional di Malaysia.