LATEST NEWS
Tiga sukan sasaran pingat Olimpik
Kuala Lumpur: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menaruh harapan kepada atlet negara daripada tiga jenis sukan untuk meraih pingat di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos ini.
Presidennya Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar berkata tiga sukan itu ialah badminton, berbasikal dan terjun yang mungkin mempunyai peluang yang baik untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.
"Atlet kita dalam tiga sukan ini berkeupayaan untuk menyumbang pingat. Kita tidak boleh bandingkan atlet kita dengan lain-lain atlet kerana dalam kejohanan di peringkat Asia kita mampu tetapi dalam konteks Olimpik kita mungkin bukannya pesaing untuk pingat, kata Tunku Imran selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM, semalam.
Tambahan pula, Tunku Imran berkata selaku Presiden MOM beliau tidak mahu terlalu tegas dalam menetapkan sasaran untuk kontinjen Malaysia dalam kejohanan ini biarpun sasaran asal beliau hanya untuk melihat atlet mencapai pencapaian terbaik masing-masing.
"Kita pilih mereka untuk mewakili negara dalam kejohanan utama, mereka mesti menunjukkan prestasi yang lebih baik dari sebelumnya," kata Tunku Imran.
Beliau juga mahu rakyat Malaysia berbangga dengan atlet negara yang layak untuk ke Sukan Olimpik.
- Bernama
Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/126568
Pulau Pinang Juara Tinju Remaja Kebangsaan Bawah 13-15 tahun
Tahniah kepada Pasukan Tinju Remaja Pulau Pinang yang telah menjuarai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan dibawah Kategori 13 hingga 15 tahun dengan kemenangan 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa pada 18 Mac 2016.
More Articles ...
- Kibaran Bendera Pulau Pinang di Kejohanan Bowling Astro 2016
- Kejohanan Karate Kadet, Junior & Bawah 21 Tahun Pra SUKMA XVIII 2016
- Tahniah kepada Pasukan Berbasikal Pulau Pinang Bawah 15 tahun
- Faiz Subri pemain terbaik Februari PFAM
- Pulau Pinang Muncul Juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari 2016
- Runway of Champions!
- Le Tour De Langkawi - Penutupan Jalan
- Selamat Tahun Baru Cina 2016
- CEO INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) BAHARU 2016
- Dua Atlet OKU Pulau Pinang Terima Insentif