FESTIVAL SUKAN KOMBAT (FESKOM) 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama persatuan – persatuan sukan kombat Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Kejohanan Festival Sukan Kombat (FESKOM 2018). Festival Sukan Kombat ini dinamakan sebagai FESKOM kerana semua acara yang dipertandingkan adalah berkonsepkan sukan tempur atau kombat. Kesemua acara ini akan dipertandingkan mengikut peraturan dan undang–undang Persatuan Sukan Antarabangsa masing-masing. 

 FESKOM 2018 merupakan sebahagian daripada acara tahunan sempena Pesta Pulau Pinang. Terdapat acara sukan akan dianjurkan di Tapak Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong dan juga di lokasi yang berlainan. Jadual, lokasi butiran acara-acara sukan tersebut adalah seperti berikut:

KEJOHANAN JUDO FESKOM 2018
Tarikh : 1 & 2 Disember 2018
Masa : 9.00 am - 5.00 pm 
Tempat : Sunshine Square, Bayan Baru

KEJOHANAN KARATE FESKOM 2018
Tarikh : 2 Disember 2018
Masa : 8.00am - 8.00pm
Tempat : Han Chiang Indoor Stadium.

KEJUARAAN SILAT FESKOM 2018
Tarikh : 6 - 9 Disember 2018
Masa : 9.00 am - 11.30 pm
Tempat : Dewan Silat MSNPP Batu Uban, 
(Acara Akhir di Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong pada 9 Disember 2018)

FESKOM 2018 MUAYTHAI PESTA PULAU PINANG
Tarikh 15 & 16 Disember 2018
Masa : 8.00 pm – 12.00 midnight
Tempat : Arena 3, Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong

KEJOHANAN TAEKWONDO FESKOM 2018
Tarikh : 16 Disember 2018
Masa : 8.30am - 6pm
Tempat : Dewan Silat msn

KEJOHANAN FESKOM PESTA TINJU ANTARABANGSA 2018
Tarikh : 27 - 31 Disember 2018
Masa : 7.00 pm - 12.00 tengah malam
Tempat : Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong