Portal
iDirektori Perhubungan Pegawai
Sila layari Sistem iDirektori Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk berhubung dengan kakitangan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
atau klik https://idirektori.penang.gov.my/papar_pegawai3.php?idj=1&bhg=16
PERMOHONAN PERJAWATAN DI MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG (TETAP/KONTRAK)
Semua calon yang berminat untuk berkhidmat di bahagian pentadbiran dan kewangan dibawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang perlu berdaftar melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Sepanjang Masa (e2PSM) di http://e2psm.penang.gov.my/login.php yang merupakan sistem pendaftaran dibawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan/atau melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di http://spa.gov.my
Manakala, bagi calon yang berminat untuk berkhidmat di bahagian Pembangunan Sukan sama ada sebagai Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Jurulatih Sepenuh Masa, Jurulatih Sambilan, Jurulatih Pembangunan; permohonan pekerjaan secara bertulis perlu dikemukakan terus kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan menyertakan makluman dan butiran seperti berikut:-
- Surat Permohonan untuk penjawatan yang dipohon.
- Maklumat Biodata Lengkap Peribadi (Resume)
- Gambar Terkini Berukuran Passport
- Sijil Akademik yang Berkaitan
- Ijazah / Ijazah Sarjana Muda / Bachelor
- Diploma / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
- Sijil Pelajaran Malaysia (*Wajib Disertakan*)
- Penilaian Menengah Rendah
- Lain-lain dokumen Akademik yang berkaitan (sekiranya perlu)
> Sijil Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)
> Sijil Sukan Spesifik
- Surat/Sijil Tamat Pengajian & Tamat Persekolahan
- Salinan Sijil-Sijil Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan Malaysia / Passport (Wajib)
Semua maklumat beserta dokumen-dokumen berikut perlu dihantar kepada :
Pengarah
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
Atau/dan melalui penghantaran secara email ke msnpp@penang.gov.my
More Articles ...
- Ahli-Ahli Majlis MSNPP 2019/2020
- Ahli Jawatankuasa Pengurusan 2023/2024
- Selamat Menyambut Hari Deepavali
- Hakcipta
- Ahli-Ahli Majlis MSNPP 2017/2018
- Ahli Jawatankuasa Pengurusan MSNPP 2017/2018
- Ahli-Ahli Majlis MSNPP 2015/2016
- Ahli Jawatankuasa Pengurus MSN 2015/2016
- HUBUNGI KAMI
- Statistik Perkhidmatan Online