CEO INSTITUT SUKAN NEGARA (ISN) BAHARU 2016

Beliau dalam perhimpunan mesra bersama semua warga ISN pagi ini, telah memberi amanat agar semua warga ISN menepati masa serta mengharapkan agar warga ISN bersama-sama mencapai visi untuk menjadikan sains dan perubatan sukan sebagai elemen teras dalam pembangunan sukan berprestasi tinggi di Malaysia.

Sementara itu, Dato’ Dr. Ramlan akan terus berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebagai penasihat kepada menteri serta pakar rujuk perubatan sukan. Ini akan memberi pengkhususan kepada beliau untuk menumpu dalam penyelidikan bidang perubatan dan sains sukan sebagai salah satu cabang utama program Podium.

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada Y.Bhg Dato' Dr. Ramlan diatas segala bantuan yang telah diberikan kepada pihak Majlis sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama ISN. Pihak majlis juga merakamkan ucapan tahniah dan syabas diatas pelantikan baharu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu iaitu YBrs. Dr. Mohd Khairi bin Zawi, semoga kerjasama diantara MSNPP bersama ISN akan terjalin senantiasa.  

Sumberhttp://isn.gov.my/drmohdkhairi/