Tahniah Goh Jin Wei - Badminton

Sebelum menghadapi Kejohanan Remaja berterusan Jin Wei juga banyak mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa iaitu seperti berikut:

  • Granular-Thailand Junior International 2015 - Women Single (Champion). 13 – 18 Jan 2015.

  • Yonex Dutch Junior 2015 – Mix Double (Champion) 25 Feb – 1 Mac 2015

  • Yonex German Junior 2015 – Women Single (Champion) 5 – 8 Mac 2015

  • Sea Games Singapore- Women Single (Bronze) Mac 2015
    Smiling Fish Tahiland International Series 2015 – Women Single (Semi Final) 5 – 10 Mei 2015

  • SCG Badminton Asia Junior Championships 2015- Mixed Team (Quater Final) 28 Jun – 1 Jul

  • OUE Singapore International Series 2015 – Women Single (Quater Final) 18 – 22 Ogos 2015

  • Yonex Belgian International 2015 – Women Single ( Champion)9 – 12 Sept 2015

  • Varcolor Polish International 2015 – Women Single (Third Runner Up)17-20 Sept 2015

  • Kawasaki- Tran Local Foods Vietnam International Series 2015 – Women Single (Champion) 30 Sept – 4 Okt 2015

  • World Junior Mixed Team Championships 2015 – (Rank 5) 4 – 8 Nov 2015

  • BWF World Junior Championships 2015 – Women Single ( Champion)11 – 15 Nov 2015

Dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dan usaha berterusan di peringkat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sejak penyertaan Goh Jin Wei di temasya Sukan Malaysia mewakili negeri Pulau Pinang, ianya telah berjaya membuktikan bahawa program pembangunan sukan negeri serta sokongan padu kepada pemain cilik ini telah membuahkan hasil yang berharga kepada negara dan negeri Pulau Pinang.

Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga telah memberikan elaun khas RM 1,000.00 sebulan kepada atlet Goh Jin Wei di atas pencapaian yang beliau pamerkan bermula dari Januari 2013 sehingga kini.

Goh Jin Wei mula memasuki dunia badminton secara serius pada umur 9 tahun dibawah unit sukan teras dan pada umur 11 tahun beliau telah berjaya melayakkan diri untul berada dalam skuad latihan negeri Pulau Pinang.

Jin Wei menunjukkan kesungguhan beliau dalam sukan badminton dan telah mewakili Pulau Pinang ke Sukan Malaysia yang pertama beliau di Sukan Malaysia XVI Pahang pada tahun 2012.

Pada Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 beliau telah membuktikan bahawa umur bukan penghalang untuk membolehkan beliau menjuarai pertandingan badminton Persorangan Wanita menewaskan pesaing-pesaing yang lebih berusia dari beliau.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, dan Persatuan Badminton Pulau Pinang serta seluruh warga sukan dan masyarakat Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada kedua-dua atlet merangkumi Dato' Lee Chong Wei dan Goh Jin Wei yang telah membuktikan bahawa anak Pulau Pinang merupakan jaguh sukan dunia yang amat disegani dan tersohor.

Terima kasih.

YB Chong Eng
EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang