Penukaran Logo Korporat MSNPP 2015

MSN Approved Design 2015

Penjelasan Logo:

Bendera Pulau Pinang - Melambangkan salah sebuah negeri di Malaysia yang didalamnya terkandung warna biru muda yang bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

5 Bulatan Biru dan Kuning Berantai - Melambangkan kesungguhan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dalam membangunkan kecemerlangan sukan negeri secara keseluruhannya di kelima-lima buah daerah di negeri Pulau Pinang. Bulatan berantai susunan mendatar melambangkan penyatuan kekuatan dan semangat berpasukan serta usaha berterusan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah sukan negeri.

Perkataan Dwi-Bahasa Sekeliling Bulatan Kuning - Nama dwi-bahasa melambangkan pembentukan imej organisasi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah agensi sukan yang tersohor di peringkat negara dan antarabangsa.

Bintang - Simbol bintang merupakan keunggulan sukan negeri yang sentiasa bersinar di pentas sukan tanahair dan antarabangsa sepanjang masa.